Sebenarnya cerita yang aku nak tulis ni cerita lama. Tak tau nak tulis apa, jadi lebih baik aku mengimbas kenangan lampau. Dalam banyak-banyak kisah lama, aku kira yang ini paling kelakar. Pada aku lah pada orang lain aku peduli hapa. Eksyennya aku kan.
Ceritanya begini. Al-kisahnya aku ni boleh dikategorikan sebagai penakut. Ya, percayalah. Penakut dengan perkara-perkara seram macam cerita hantu. Tapi gatal jibik nak tengok gak. Tahap penakut aku macam si Courage, The Cowardly Dog dalam gambar kat bawah tuh.
Arakian pada satu malam itu aku tertengok satu cerita seram kat tv. Cerita tajuk apa aku pun tak hingat dah. Adalah few scenes dalam cerita tu yang memang seram tapi aku gigihkan diri tengok dari celah2 jari. Tau-tau jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi bila cerita tu habis. Mata pun dah ngantuk so apalagi nak masuk beradu lah.
Sebelum naik ke atas, aku offkan dulu suis tv dan kipas. Bila dah tutup semua suis termasuk lampu, dalam bergelap itu aku pun memulakan langkah menuju ke arah tangga.
Masa nak naik tu, secara tiba-tiba terdengar bunyi ni - PRAPPP! Macam bunyi orang turun naik tangga. Terasa dekat sangat. Masa tu aku terpikir sapa lak nak turun ni. Takkan suami kut sebab dia tengah lena tidur. Anak anak pun tengah lena dibuai mimpi. Aku buat derk jer terus jalan.
Bunyi PRAPPP kedengaran lagi. Aiseh, terus hati aku rasa cam tak sedap jer. Halamak, bunyi apa lak tuh. Memang bunyi cam tapak kaki. Haishh, aku pun bacalah apa-apa yang patut. Pehtu aku pun terus berlari ke bilik lintang pukang.
Keesokan harinya aku pun berceritalah kat jiran sebelah rumah aku tu, Kak Wan. Aku bagitau exactly apa yang aku dengar malam tadi. Dia pun terkejut badak. Katanya malam yang sama, suami dia ada bercerita benda yang serupa. Dengar macam bunyi tapak kaki tengah malam. Suami Kak Wan ni kerja shift so memang biasalah balik time 2-3 pagi ke rumah. Kebetulan masa suami dia balik malam tadi, semasa nak naik ke atas, dia pun terdengar bunyi yg aku describe tuh. Tapi yang buat aku pelik tuh, masa suami dia dan aku dengar bunyi tu time jadik tu macam dekat-dekat jer. Pastu aku pikir balik. Kenapa yek?
Selidik punya selidik barulah tahu kenapa. Tangga rumah kitorang ni bersambung kat bahagian yg sama. So bila ada orang pijak kat tangga, bunyi pijakan tu boleh terdengar kat rumah sebelah. Mula-mula aku rasa cam tak percaya sehinggalah aku terdengar sendiri bunyi orang pijak tangga kat rumah Kak Wan waktu siang. Bunyi tu lagi kuat kalau orang berlari turun naik tangga. Kalau berjalan cam biasa tak dengar sangat.
Rupa-rupanya malam yang aku dan suami Kak Wan terdengar bunyi orang pijak tangga tu sebenarnya bunyi tapak kaki kitorang sendiri. Masing masing berlari naik tangga nak cepat. Aku tak sangka suami Kak Wan pun penakut orangnya. Ceh, badan jer besar gedabak tapi penakut cam aku gak.