Ekcelikan cerita ni cerita basi tapi aku tetap nak post kat sini gak. Heck, its my blog kan so suka hati aku la nak tulis apa kan. Muahaha!
Tanggal 12hb April 2010 iaitu bersamaan hari Isnin dan mengikut kalender Islam iaitu 27hb Rabiulakhir adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 13. Perghh, macam stail Penyimpan Mohor Besar Raja2 nak announce tarikh puasa kat TV tu. Ahaks, terlebih sudah.
Dah 13 tahun kahwin tak pernah sekali pun aku pegi dating ngan suami. Habis2 pun kitorang pi JJCM ngan satu family. Ataupun beli kek sebijik kat Resepi Rahsia. Gitulah.
Jadi pada hari tersebut, aku dan suami pakat nak pi dating berdua aje. Konon nak lain dari yang lain. Anak-anak kitorang pontengkan sekolah dan postkan ke rumah opah dorang tapi sebelum tu sempat lah membodek anak2 dgn bawak dorang makan di Bubba Gump yg femes itu di The Curve. Silalah tengok gambar... *ek eleh eksyennya*
tak hingat lak menu shrimp ni tapi memang sedap la. makan ngan jasmine rice dia yg bau harum tuh. udang ni mmg peberet kitorang...
pear & bear salad. so shedap!
Asben & Kak Ngah. Dalam pada tu sempat gak dia berpesbuking...ish3x
strawberry lemonade yg Kak Long pesan. kalau datang sini dia suka sangat order air ni...
since si Bee tak reti nak ratah udang cam kitorang, so orderkan dia french fries (ni mmg peberet dia pon). the portion is generous...kenyanglah dia makan
Selepas menghantar dorang ke rumah opah, kami pun apalagi terus ke kaunter GSC beli 2 tiket (Gold Class) Clash of the Titans pukul 7.45ptg pehtu beli another tiket cerita Date Night pukul 12.15am. Masa tengok list of movies kat screen list tu adalah ternampak cerita melayu ~ Semerah Cinta Stiletto and a few cerita cina tapi semua cam tak best. Cerita kartun How To Train Your Dragon macam tak sesuai la pulak sebab anak2 takde. Kalau nak ikutkan hati memang nak nonton marathon malam tu tapi 2 cerita tu lah yg dipilih sebab nampak best yang lelain macam hampeh.
balik ke hotel sebelah 1utama selepas wayang selesai. itu bukan jelmaan yek hanya bayang2 ku sendiri...*nak sedapkan hati sendiri masa post gambar nih*
TAMAT!