Tuesday, February 17, 2009

16 perkara

I've been endlessly tagged (yours truly asked for it kan..). This time from sofu another blogger from the neighbourhood. The only difference is, this tag is in BM and so as a true blood Melayu, I gladly adhere to. *ngengada-ngadanya....tampar kang baru tahu..*

Tag ini bertajuk 16 perkara rawak berkenaan diri penulis blogger. Dan peraturannya ialah;

  1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
  2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini
  3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
  4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi *tak cukup kasih sayang ke aku nih...adeh*

********************************************************



  1. seorang yang suka tidor sambil menekupkan bantal busyuk kat muka. *eh jangan tak tau bukan baby je ada bantal busyuk, mak budak pun ada OK*
  2. suka korek hidung (dgn tuala basah pakaibuang) asal bangun pagi je. *tolong sikit, bukan saja-saja je nak korek tapi nak membersihkan bahagian dalaman supaya lancar pernafasan gitu..*
  3. sambil tu suka belek muka kiri kanan atas bawah. entah kenapa dah jadi semacam tabiat plak, kut-kut berubah wajah ke...
  4. suka membaca sambil melabur dalam bilik termenung. orang tua-tua kata sambil menyelam minum air *eh, 10 minit tu pun macam-macam ilmu boleh tambah tau sambil menghirup bau-bauan segar...kih kih kih*
  5. bila rasa mood tak best je mesti bukak saluran tamil sekejap. bukan apa, kelakar sangat sebab cerita dan special effect dia banyak yang tak masuk akal. bila tertengok tu mesti gelak terbahak-bahak sampai suami pun naik heran bin ajaib. ada ke patut dia gelar aku sidia ni? sungguh tak patut...
  6. suka nyanyi dalam kereta bila keluar lagu peberet kat radio...siap terhenjut-henjut badan macam nak nari. kalau lirik lagu tu hafal lagi laa.. *peduli apa aku orang nak pandang-pandang OK*
  7. kalau gaduh ngan suami tak suka bermasam muka lama-lama. kejap je cool balik. selalunya saya la yg tegur dia dulu.
  8. lebih suka baca non-fiksyen dari fiksyen. contoh - autobiografi seseorang selebriti terkenal atau cendikiawan, buku-buku berciri motivasi, buku-buku inspirasi yg berdasarkan kisah benar penulis itu sendiri atau orang lain, buku resipi dan lain-lain lagi
  9. pada masa yg sama suka menonton cerita fiksyen dan non-fiksyen. tak kisah apa genre pun asalkan menghiburkan minda. kureng minat tonton filem melayu dari dulu, kini dan selamanya. rasanya drama melayu kat tv lagi bermutu sikit (sikit je..) dari filem melayu
  10. seorang yg pemalu sebenarnya sungguhpun peramah...ahaks! tapi kalau dah kenal tu mulut pun start pot pet pot pet. tak suka bertanya hal orang walaupun teringin sangat nak tahu sebab itu selalu ketinggalan keretapi tentang hal-hal gossip di kalangan jiran. tau-tau benda dah jadi
  11. sangat teringin belajar menjahit tapi tak pandai menjahit walaupun mempunyai mesin jahit *kalau jahit baju seluar koyak tu reti la*
  12. tangan bangku - tak pandai buat kraftangan. kalau buat pun mesti hancus!
  13. Justify Full
  14. tak pandai mengurut. kesian kat suami sebab saya suruh dia beli kerusi ogawa kalau mintak urut badan...hahaha!
  15. tak suka pakai baju kurung. kalau pakai pun sebab nak gi kenduri kawen atau hari raya je. dari zaman kerja dulu pun memang kureng pakai baju kurung
  16. tak suka bergambar lagipun kamera memang tak suka kat saya sebab itu tak fotogenit...hahaha!
  17. orang kata saya awet muda sebab tak nampak macam umur sebenar. eh ye ke? akak tak tau la...hahaha! *sungguh la perasan*
Tiba lah masanya untuk mengetag orang lain pulak tapi 16? Satu pun susah nak cari weh! Sila-silakanlah kalau sudi mengetag diri sendiri OK?