Friday, September 28, 2007

A tale of two neighbours

"Heee...tak kuasa aku nak jaga ko lagi" tiba-tiba kedengaran satu suara yg amat kukenali sedang berkumandang di belakang dapur rumah ku.

"Mana nak jaga anak orang lain yg berderet2 tuh, nak jaga korang lagi...aku tak sanggup dah, suruhlah mak ko hantaq kat tempat lain, aku tak larat nak jaga lagi, menyampah betul aku" geram betul suara tu berbunyi.

"Apahal kak wan? macam marah je..." aku bersuara sambil terkejut ialah orang mengamuk pagi sakan kut ada apa ke.

"Ni hah...kak wan dah tak sanggup dah. kak wan nak tolak bebudak nih kat orang lain. nyusahkan orang je. maknye pun satu, tau beranak je tapi jaga anak tak reti. orang lain pun beranak gak tapi anak tak serupa comot macam ni. pagi-pagi lagi dah comot, busuk pulak tu, tak reti ke mak depa sarongkan pampers ka apa ka...kecik-kecik camni mana lah depa reti nak bagitau nak pi kencing berak ka.." amuk si kak wan, jiranku yg kerjayanya mengasuh anak orang.

"Sabor ajelah kak wan. nak buat camner, dah maknye tak reti bahasa punya orang. kenkadang heran betul lah depa ni yek, datang sini naik kereta menjalar, baju sikit lah punye smart, nak kata tak berduit, nampak cam berduit...entah lah saya pun tak tahu nak cakap apa.." sampuk aku sambil menggeleng-gelengkan kepala yang tak pening.

"Hissh...kak wan tengah geram sangat nih. dahlah maknye selalu ngelat nak bayar duit..boring betul lah kak wan camni.." sambung kak wan dalam loghat kedahnya yang pekat macam kuah sate hj samuri.

"Hah!...apasal tak bayor duit pulak. apa punye orang cam nih...tau hantor anak tapi tak tau nak bayor duit. apasal kak wan tak mintak je...camni punye orang pon ada gak ke? suruh dia jaga anak dia sendiri lah. anak sapa nih kak wan?" aku pulak yang tumpang geram sekaki bila dengar keluh kesah kak wan. Nampak sangat kak wan ni selalu kena buli.

"Anak kucing..." balas kak wan dengan muka selamba. Adeh!