Sebaik membaca berita ni kat muka depan suratkhabar, terus menggigil kepala lutut saya. Sebak pun ada. Bayangkan kanak-kanak 10 tahun dilanggar-lari kemudian mayatnya diseret kereta tersebut bukannya 5 meter, bukan juga 50 meter tapi 5 kilometer! Saya tak dapat bayangkan perasaan ibubapa Allahyarham Mohd Hanafis Suhairi tatkala menatap mayat anak mereka. Kepala dan muka hancur berkecai sehingga sukar dikenali. Bayangkan...
Yang membuatkan saya berasa sungguh geram dengan pemandu tersebut ialah dia tak bother langsung nak turun dari kereta selepas melanggar orang. Pada saya, pemandu itu seorang pembunuh! Dia bukannya bertembung kereta dengan kereta tapi penunggang motosikal yang sudah tentu tidak mempunyai apa-apa perisai pun di badan.
Saya nak mencadangkan kepada kerajaan supaya hentikanlah slogan seperti "Pandu Cermat Jiwa Selamat". Sebab bagi saya slogan tu tak berkesan. Eloklah ditukar saja ayat tu kepada "Tahukah Anda Yang Anda Bakal Menjadi Seorang Pembunuh Sekiranya Tidak Memandu Dengan Cermat". Biar ayat Pembunuh tu kasi bold sikit supaya pemandu-pemandu yang reckless dan tak reti bahasa di jalanraya tu register kat kepala hotak diorang. Dan seelok-eloknya pemandu yang dah buat kes macam ini digantungkan terus lesen memandunya. Toksah lah bagi dia bawak kereta lagi. Kalau dia bising kata susah nak pegi kerja suruh dia naik bas atau LRT je.
Untuk berlaku adil, saya juga menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penunggang-penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar dan yang tidak mengenakan fluorescent safety vest ketika menunggang di waktu malam. Kalau yang bawak anak jadi pembonceng pun patut dipakaikan topi keledar kerana pada pandangan saya sungguh tak patut mak bapak pakai topi keledar tapi anak-anak tak pakai. Apa tak sayang anak ke diorang ni? Pikir keselamatan diri sendiri tapi anak-anak dibiarkan? Kerajaan juga patut kenakan tindakan terhadap ibubapa yang membiarkan anak mereka tak cukup umur tanpa lesen yang sah menunggang motosikal kerana sikap ini boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan juga orang ramai. Saya cukup pantang tengok budak-budak gini naik motor sebab diorang bawak pun macam merempit.
Al-fatihah buat adik Mohd Hanafis Suhairi.
*Kalau nak tahu kenapa saya mengamuk bacalah dengan lebih lanjut di sini.