Monday, May 24, 2010

Teh tarik satu!

Pagi semalam, bertempat di Maju Ahmad berdekatan dengan tempat tinggal, maka besar hatilah dapat berjumpa dengan jiran tetangga yang selama ini lebih banyak berinteraksi di dunia cyber dari berborak di dunia nyata. Adapun kalau terserempak dengan mereka-mereka ini hanyalah di pasar malam atau tani dan memadailah hanya dengan selempar senyuman dan berhai-hoi sesama sendiri.

Jadi dapatlah anda bayangkan bagaimana gembira sakannya mereka-mereka ini dapat memboloskan diri dari rutin harian seorang isteri dan ibu melalui sekeping gambar ini.




Ya, kamu boleh saja melihat aksi2 fotogedik, fotogetik dan fotogelenya (meminjam kata2 perempuan ini di dalam facebooknya) sekumpulan bini2 orang yg sudah tidak berapa muda lagi. 

Saya tidaklah mahu memanjangkan cerita kerana entry ini ada ditulis dengan panjang lebar oleh perempuan yg satu ini.

Sekian.