Hari ini adalah harijadi saya. Yang ke berapa? Tak payah lah tahu. Dah tua daa. Dan kad-kad inilah yang dihadiahkan kepada saya. Rasa terharu. Kak Ngah siap cakap tak sempat nak singgah kedai alatulis di belakang rumah nak beli kad harijadi. Dapat yang ini pun jadilah katanya. Emm alahai anak ibu seorang ni....
I've said this many times before and I will say it again - its the thought that counts. Walaupun harga kad cuma RM1 sahaja. Beli pun kat kedai buku sekolah. Saya bertanya kepada mereka di mana dapat duit nak beli kad. Kak Long kata dia ambil dari tabung simpanan dia. Kak Ngah pula kata duit yang saya bagi semalam. Tapi dia kata nak beli pensil khot (untuk tulisan jawi) rupa-rupanya dia kelentong kat saya nak beli kad harijadi. Saya kata tak baik menipu. Nanti Tuhan marah. Berdosa. Sia-sia je puasa sehari suntuk tak dapat pahala. Tapi dia jawab balik, kalau dia bagitahu saya niat sebenar, nanti tak surprise!
Saya masih menunggu dengan setia kek yang dijanjikan oleh suami.
*Kad yang bulat tu Kak Long bagi. Yang empat segi tu Kak Ngah bagi.
Dan terima kasih jua kepada Syana kerana sudi menghantar ucapan hari jadi buat saya menerusi khidmat sistem pesanan ringkas.
Thanks Syana! You're so thoughtful. *smile*