Tuesday, September 28, 2010

Panggilan hangit


agaknya camnilah rupa aku masa jawab fon tu hehe...


No, ini bukan panggilan hangit yg femes kat hot.fm tu. Ni cerita lama, beberapa tahun sudah. Kiranya tercetus nak tulis cerita ni disebabkan satu panggilan salah nombor yg ku hapdet kat FB pagi tadi. 

Alkisahnya di suatu pagi (yg heran tu kan mesti jadik time pepagi...kenapa ek?) yg agak tak sibuk.

Kring kring..

Hello?

(suara lelaki) Kak, jom main! 

Hah? Sape ni?

Alah kak jomlah...saya dah gian ni...

Hah? Eh apa awak cakap ni? Awak ni sape?

Alaa jom lah kak...saya tak tahan dah ni...

Pang! (aku pun hang up lah apalagi...seriau pun ada...lain macam je bunyinya) 


Tak sampai seminit, telefon berdering lagi....


Kring kring...

Hello?

Kak...saya pegi rumah akak kejap lagi ye....tak tahan dah ni...

Hey! Awak ni sape ahh? Kurang ajar tol.... (masa ni darah dah menyirap kat muka menahan marah)

Alah kak, janganlah marah....kita main kejap je...(suara cam cibai je)

Hey mangkuk! Awak dengar sini baik2 ya....lagi sekali awak call, saya akan repot kat polis. suami saya keje kat bukit aman tau! (padahal suami tak keje situ tapi saja je cakap keje situ hehe)...awak ingat kitorang tak boleh trace no fon ni...saya bagi amaran terakhir ni!! (wow tak sangka suara ku boleh bertukar nyaring gitu haha)

Dan selepas itu, aku pun terus hang up! Perghhh really2 hangin pagi tu tak pepasal disebabkan panggilan hangit ni.

Selepas beberapa minit, tiada lagi kedengaran bunyi kring kring dari orang gila itu. Sampai la ni. 

Sekian kisah kali ini.