*pic snagged from google*
Tiada mood aku hari ini
bila sang streamyx buat hal lagi
terus email tiada dapat ku baca
gambar-gambar lucu dan nakal tiada dapat ku jengah.
Tiada mood aku hari ini
bila anak-anak ku bercuti di rumah orangtua suamiku
sambil riangria bergelak ketawa
menonton astro ceria.
Tiada mood aku hari ini
bila si penjual ikan tak kunjung mari
lalu tiada apa mahu dimasak hari ini
maggi kari sajalah menu malam ini
Tiada mood aku hari ini
bila cerita di tv sangat membosankan
lalu kupasang
cd cerita kartun kegemaran puteri-puteriku
sambil tergelak-gelak keseorangan
diperhati anak kecil ku terpinga-pinga
Tiada mood aku hari ini
bila kain baju belum sempat ku angkat
hujan turun tiba-tiba tanpa diundang
Ahh, sungguh tiada mood aku hari ini
lantas ku capai sebiji bantal sebiji
terus terlena ku dibuai mimpi di siang hari
sambil bancuh air liur sekole.